top of page

Kebun Komuniti Parlimen Kuantan kukuh pertanian lestari mesra alam sekitar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Kebun Komuniti Kuantan perkasa Ranting-ranting di Kuantan laksanakan kegiatan pertanian di akar umbi
Kebun Komuniti Kuantan perkasa Ranting-ranting di Kuantan laksanakan kegiatan pertanian di akar umbi

Usaha memperkukuh keterjaminan makanan di peringkat akar umbi terus digiatkan melalui projek Kebun Komuniti Parlimen Kuantan yang dilaksanakan sejak 2023 di bawah inisiatif Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia untuk Mencapai Pembangunan Lestari (APPGM-SDG).


Sehingga kini, sebanyak 10 kebun komuniti telah diwujudkan di sekitar Parlimen Kuantan, dengan penyertaan aktif masyarakat setempat.


Pada Ogos lalu, tiga kebun komuniti dari Kuantan telah terpilih menyertai Bengkel Pertanian Lestari Pantai Timur di D’Mentangau Agro Farm, Kuala Dungun, Terengganu. Program ini dianjurkan bersama oleh APPGM-SDG dan ABIM Terengganu, dengan tumpuan kepada amalan pertanian lestari yang diamalkan di ladang D’Mentangau sebagai model.


Koordinator Kebun Komuniti Pantai Timur APPGM-SDG, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, bengkel yang dianjurkan bersama ABIM Terengganu itu disertai oleh rakan-rakan solusi Kebun Komuniti terpilih di Pantai Timur dan telah memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah praktikal perlaksanaan dan pengurusan pertanian lestari yang tidak menjejaskan alam sekitar.


"Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kaedah lestari kawalan penyakit tanpa menggunakan racun kimia, penyediaan dan penggunaan baja kompos serta baja EM atau Effective Microrganisme di dalam penanaman," jelas Fakhrul yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kuantan.


Menurutnya lagi, bimbingan tersebut memberi impak positif kepada para peserta kerana mampu mengurangkan kos, melindungi ekosistem dan memperkayakan tanah untuk jangka panjang.


Selain itu, bengkel turut menjadi medan penting perkongsian pengalaman antara peserta yang mengusahakan pelbagai jenis tanaman seperti cili bara, sayur-sayuran fertigasi, tebu, napier untuk ternakan, serta aktiviti penternakan seperti ayam kampung kacuk, itik dan ikan keli.


Fakhrul menegaskan bahawa usaha ini bukan sahaja mengukuhkan keterjaminan makanan, malah memperkasakan komuniti untuk lebih berdikari melalui pertanian lestari.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page