top of page

Cahaya Aidilfitri DUN Sungai Kandis sumbang duit raya 250 penerima

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Mar 19
  • 1 min read
Danish menghulurkan sumbangan duit raya kepada seorang OKU
Danish menghulurkan sumbangan duit raya kepada seorang OKU

Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, keprihatinan terhadap golongan memerlukan terus dizahirkan apabila program Cahaya Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menyantuni seramai 250 penerima melalui sumbangan Duit Raya keseluruhan berjumlah RM50,000.


Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, Danish Hairudin berkata, penerima sumbangan terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti golongan belia, mahasiswa, penggerak masjid dan surau, ibu tunggal, asnaf, orang kurang upaya (OKU) serta pemimpin komuniti.


Katanya, setiap ringgit yang disampaikan bukan sekadar santunan, tetapi tanda kasih, perhatian dan kebersamaan dalam menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.


"Alhamdulillah, program Cahaya Aidilfitri DUN Sungai Kandis telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan pagi tadi (pagi semalam).


"Dalam senyuman dan rasa syukur mereka, kita diingatkan bahawa nilai sebenar Aidilfitri bukan hanya pada perayaan, tetapi pada keprihatinan dan keikhlasan ingatan sesama insan," katanya dalam satu kenyataan.

Penerima duit raya teruja mendapat sumbangan daripada DUN Sungai Kandis dan kerajaan Selangor
Penerima duit raya teruja mendapat sumbangan daripada DUN Sungai Kandis dan kerajaan Selangor

Dalam pada itu, Danish turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari atas keprihatinan berterusan kepada warga DUN Sungai Kandis.


"Terima kasih juga kepada Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Amirudin iaitu Saifuddin Shafi Muhammad atas sokongan dan komitmen yang tidak pernah putus.


"Semoga usaha kecil ini membawa sinar kegembiraan dan meringankan beban mereka yang memerlukan," kata Danish yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page