top of page

Kebun Kak Wan, konsep kebun komuniti atasi inflasi kenaikan harga barang

Updated: Jul 14, 2022



Kenaikan harga barang khususnya makanan yang melampau di pasaran menyebabkan komuniti di Kampung Rinching Hulu, Semenyih cuba menanam tanaman makanan untuk mengurangkan kos barang dapur.


Sehubungan itu, satu gerakan baharu yang dinamakan Gerakan Rakyat Memperkasa Sekuriti Makanan (GESAAN) hari ini dilancarkan di Semenyih bagi mewujudkan kebun di tanah lebihan atau kawasan tidak digunakan bagi menanam sayur sayuran untuk keperluan sesuatu komuniti.


Bertempat di Pusat Aktiviti Masyarakat, Kg Rinching Hulu, hari ini Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail merasmikan kebun komuniti yang dinamakan Kebun Kak Wan dan ditanami pelbagai jenis sayuran serta pohon buah buahan.


Menurut Dr Wan Azizah, konsep kebun tersebut sesuai dikembangkan ke seluruh negara dalam usaha melawan inflasi melambung ketika ini.


"Hari ini kita rasmikan satu Gerakan Rakyat Memperkasa Sekuriti Makanan Negara. Ini inisiatif akar umbi yang bermula di peringkat negeri Selangor, khusus memperkasa jaminan makanan yang amat mencabar dan membimbangkan waktu ini.


"Gerakan ini adalah usaha rakyat sendiri mengatasi ketidakstabilan bekalan makanan serta kenaikan harga barang. Kita ada isu berkenaan food security dan food sovereignty. Matkamat kita meningkatkan daya pengeluaran bahan makanan serta mensifarkan pembaziran," katanya.


Kak Wan merasmikan kebun komuniti menanam anak kelapa diperhatikan oleh Mustaffa kamil, Cikgu Azmi

Tambah Dr Wan Azizah, konsep kebun rakyat itu juga akan mendidik anak muda di dalam komuniti untuk mengusahakan sendiri makanan bagi masyarakat, sama ada sayuran atau ternakan.


"Kita juga lakukan pendidikan di peringkat akar umbi. Kita lihat di kampung ini, ketua kampung sendiri mengusahakan suatu yang membanggakan dan menjadi contoh kepada yang lain.


"Kita lancarkan supaya ini jadi satu budaya. Sikap kita harus bertukar daripada pergi ke supermarket, tetapi kita cuba usahakan tanam makanan dan kita tahu dari mana ia datang.


"Sekarang ada yang cakap pasal telur palsu dan macam macam, yang ini kita lihat ayam sendiri yang keluarkan telur itu," katanya.


Kebun Kak Wan, konsep baharu pertanian untuk komuniti setempat

Dr Wan Azizah juga berpuas hati kerana konsep kebun Kak Wan itu akan menjadi serampang dua mata yang menggalakkan semangat gotong royong dan perpaduan sesama masyarakat.


"Kita bina masyarakat bertanggungjawab untuk selesaikan masalah sendiri.


"Semoga generasi baru kita dapat lahirkan pemimpin yang peka dengan hasrat rakyat," katanya lagi.


Turut serta dalam majlis tersebut ialah Presiden Teras, Cikgu Azmi Hamid, Presiden NGO Rapat Mustaffa Kamil Ayub, mantan Setiausaha Politik Dr Wan Azizah Datuk Romli Ishak dan pemimpin tempatan lainnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page