Kebebasan media: Kerajaan BN - PN jangan ulangi zaman gelap media sebelum ini



Pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjanjikan kebebasan media tidak harus mengundur ke belakang pada ulang tahun pemerintahan beliau.


Bagi Ketua ketua Penerangan Pakatan Harapanm (PH) sikap terbaharu pentadbiran PM Ismail yang hanya pandai beretorik tetapi tidak ditunaikan hanya merosakkan indeks kebebasan media Malaysia.


"Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri telah dilapor media memberi jaminan berhubung kebebasan akhbar. Walaupun jaminan tersebut diterima baik, namun realitinya 'indah khabar dari rupa'.


"Beberapa hari lalu, kita membaca mengenai pelantikan Pengarang Kumpulan akhbar New Straits Times (NST) yang baharu dan didakwa pelbagai pihak termasuk tokoh wartawan, telah dibuat atas campur tangan politik


"Ini satu perkara yang amat dikesali, dan PH mengambil pendirian parti-parti politik tidak patut mencampuri urusan organisasi media terutama seperti yang kita saksikan ini. Ia adalah petanda tidak baik terhadap tanggapan kebebasan pelaporan serta agenda politik organisasi media tersebut kelak," kata mereka dalam satu kenyataan.


Selain itu, Ketua ketua Penerangan PH juga kesal terhadap tindakan pihak Kerajaan melalui Timbalan Pendakwa Raya yang mendakwa dua pengamal media dari akhbar The Edge di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung jenayah fitnah.


Kata mereka, hal itu tidak ada ubahnya seperti era pentadbiran PM Najib Razak, atau PM Umno BN sebelumnya.


"Dakwaan ini terkait siri artikel yang diterbit The Edge berhubung jual beli saham murah (penny stock) yang dipercayai dimanipulasi pihak-pihak tertentu di Bursa Malaysia.


"Kami menuntut Kerajaan menarik balik dakwaan jenayah ini, dan jika pihak-pihak yang terkesan punyai keinginan, mereka boleh memfailkan saman sivil terhadap media tersebut.


"Media memainkan peranan yang amat penting terutama dalam usaha semak imbang dan menjamin ketelusan urustadbir, termasuk dalam bidang ekonomi," kata mereka lagi.


Tegas mereka, jaminan PM tidak sepatutnta berakhir di bibir mulut tetapi perlu lebih jauh daripada itu dengan mengotakan janji.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching dan Ketua Penerangan UPKO Joisin Romut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER