top of page

Kebebasan media: Dr Samsuri main persepsi kerajaan tekan media?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 9
  • 2 min read


Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bermain persepsi sekali lagi apabila menyatakan kebebasan media di Malaysia 'ditekan' dalam komennya di media sosial menyambut Hari Kebebasan Media Sedunia baru baru ini.


Menurut Setiausaha Pertubuhan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, catatan Dr Samsuri yang juga Menteri Besar (MB) Terengganu itu amat dangkal dan seolah olah beliau tidak melakukan sebarang rujukan sebelum mendakwa "berlaku sekatan atau manipulasi terhadap kebebasan media hanya kerana tidak digemari atau disukai atas dasar kepentingan sesetengah pihak" di negara ini.


Sedangkan, kata Ahmad Nadhir, indeks kebebasan media Malaysia pada 2025 telah menunjukkan peningkatan ke tangga ke 88 biarpun kerajaan mula mengenakan peraturan tertentu untuk mendisplinkan pengguna media sosial.


"Akhir-akhir ini tindakan MB Terengganu mencipta pelbagai persepsi dan bermain permainan 'mangsa keadaan' mengundang lebih banyak tanda tanya dan persoalan


"Sebelum ini heboh isu beliau diintip bagi mencipta persepsi beliau dizalimi namun apabila pihak berkuasa bangkit menjawab disusuli dengan kecaman netizen, MB Terengganu terus senyap


"Terbaru beliau mengeluarkan kenyataan supaya menghentikan manipulasi terhadap kebebasan media.


"Sedangkan indeks kebebasan media Malaysia bagi tahun 2025 melonjak ke tangga 88 daripada 207 pada tahun 2024," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Ahmad nadhir, amat tidak wajar seorang Menteri Besar mengeluarkan kenyataan tanpa fakta yang tepat.


Atau pun, katanya, Dr Samsuri kebelakangan ini terlalu tertekan berikutan kedudukannya dalam Pas yang didakwa sesetengah pemerhati politik semakin goyah menjelang pemilihan parti itu.


"Persoalannya kenapa MB Terengganu ini berterusan bermain permainan politik seperti ini?


"Adakah benar khabar angin menyatakan kedudukan beliau kian goyah di dalam Pas, lebih-lebih lagi menjelang pemilihan Pas September ini?


"Mungkin juga ini kaedah mencari simpati agar penyokong tegar beliau tidak lari dan juga untuk menutup pelbagai kelemahan pentadbiran beliau sebagai MB Terengganu?" soalnya.


Apa pun, kata Ahmad Nadhir, hakikatnya permainan politik yang dimainkan Dr Samsuri pada waktu ini membuktikan bahawa sebenarnya memang beliau gagal mentadbir Terengganu.


"Beliau hanya pandai mempolitikkan semua perkara untuk dilihat hebat di depan penyokongnya," kata Ahmad Nadhir lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page