top of page

Kebebasan Bersuara Ahli Akademik Diperakui Kerajaan MADANI

Updated: Mar 31



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan selesai merakamkan keterangan Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular yang menjadi penghalang kepada perpaduan negara.


PDRM telah membuka kertas siasatan terhadap Prof Teo mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Tindakan tersebut mendapat kritikanAhli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa Prof Teo telah digertak oleh segelintir Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat kerana mengeluarkan kenyataan tersebut dan berpanjangan sehingga membawa kepada siasatan oleh PDRM.


Sekolah satu aliran tidak selaras Perlembagaan


Sememangnya Prof Teo telah bercakap berkenaan kepentingan perpaduan berlandaskan sistem sekolah satu aliran melebihi tempoh 20 tahun, namun idea tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Disember 2021 memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.

Malah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah mengesahkan bahawa sekolah vernakular di Malaysia mengikuti silibus pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, hanya sekolah tersebut menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.


Perbezaan pendapat berkenaan sekolah sebagai platform perpaduan telah mencetuskan polemik penghapusan sekolah vernakular oleh Prof Teo, sememangnya beliau mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan pengalaman beliau yang sudah lebih 20 tahun dalam dunia akademik.


Namun kenyataan Prof Teo dikeluarkan melalui platform media sosial yang disiarkan oleh sebuah portal berita, jika kenyataan tersebut dilakukan dalam kawasan kampus universiti maka keadaan akan menjadi berlainan kerana ia dianggap sebagai sebuah wacana akademik yang dilindungi oleh Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Akta 30).


Tambahan pula pihak PDRM terpaksa melakukan siasatan terhadap Prof Teo kerana ada laporan polis yang telah dibuat terhadap kenyataan tersebut. Mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah, apabila pengaduan dibuat kepada seorang Ketua Polis Balai maka siasatan awal perlu dilakukan dengan merakam percakapan.


Kerajaan tidak sekat kebebasan akademik


Kerajaan MADANI melalui PDRM dalam isu ini tidak berniat untuk menghalang kebebasan akademik mana-mana pihak terutama ahli akademik ulung seperti Prof Teo. Namun PDRM terikat dengan undang-undang yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan, tiada apa yang mampu mengatasi Perlembagaan Persekutuan dalam isu ini maka siasatan perlu dilakukan dengan merakamkan keterangan Prof Teo.


Menjadi kesalahan kepada PDRM jika siasatan tidak dilakukan kerana aduan telah dibuat oleh masyarakat awam. Namun seperti yang dinyatakan oleh peguam yang mewakili Prof Teo bahawa beliau telah mengemukakan bukti kajian untuk menjustifikasikan kenyataan yang telah beliau buat.


Segala bukti tersebut akan dibawa ke peringkat Jabatan Peguam Negara Malaysia, sekiranya terbukti Prof Teo bercakap berdasarkan hujah akademik maka pertuduhan terhadap beliau tidak perlu diteruskan ke peringkat perbicaraan.

Kita sebagai pendokong Kerajaan MADANI perlu membiarkan proses siasatan ini berjalan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page