top of page

Kebanjiran banduan, KDN terokai kaedah baharu - Saifuddin


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneliti kaedah baru bagi menanggani masalah kebanjiran banduan di 13 penjara.


Menterinya, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penghuni di 40 penjara seluruh negara ketika ini ialah 75,629 orang melebihi 4,153 atau 5.8 peratus kapasiti asal penjara.


Justeru, katanya. kerajaan sedang mengambil beberapa langkah dan cadangan, antaranya pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib, pengenalan parol serta memperkenalkan penahanan di rumah (home detention) bagi tujuan mengelakkan penjara terlalu padat.


"Sejak tahun 2008, lebih 40,000 parol dikeluarkan, pembebasan berlesen sehingga 23,000 orang, perintah kehadiran wajib pula 6,000 orang, jadi mereka berada di luar dan penjara kurang sesak.


"Selain itu, kita akan laksanakan hukuman alternatif misalnya kita sedang meneroka idea melaksanakan penahanan di rumah, mereka tak berada di tembok penjara, mereka berada di luar tapi dengan pemasangan gajet. Kita sedang di fasa akhir untuk menguruskan sedikit tafsiran undang-undang," katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Selain itu, KDN juga kata Saifuddin, akan meminda Akta Penagih Dadah yang menjadi punca banduan paling ramai direkodkan.


Jelasnya, individu yang melakukan jenayah itu akan ditempat terus ke pusat pemulihan Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK).


"Di penjara sekarang, sebanyak 35 peratus adalah tahanan reman dan kadang-kadang tempoh tahanan itu lebih lama daripada pendakwaan.


"Itu satu kezaliman buat mereka, jadi sekarang Jabatan Penjara, Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman sedang berbincang apakah boleh kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page