top of page

Kebakaran PPR Desa Tun Razak: Dr Wan Azizah gesa audit keselamatan menyeluruh

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 6, 2025
2 min read

Dr Wan Azizah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran PPR Desa Tun Razak
Dr Wan Azizah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran PPR Desa Tun Razak

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menziarahi mangsa kebakaran di PPR Desa Tun Razak yang mana tujuh keluarga telah kehilangan harta benda dalam kejadian malam Sabtu lalu.


Kebakaran yang berlaku sekitar jam 11.40 malam pada 2 Ogos 2025 itu bermula dari unit kediaman 02-14-22 dan merebak, menyebabkan lima unit lain turut terkesan.


Dalam kenyataan Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah melahirkan rasa simpati dan keprihatinan yang mendalam terhadap keluarga mangsa.


"Kejadian ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian harta benda, malah menggugat keselamatan dan kesejahteraan penduduk," kata kenyataan itu.


Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sehubungan itu telah menyediakan penempatan sementara di Dewan Serbaguna Masjid Zaid Bin Thabit serta menyediakan keperluan asas dan makan minum kepada mangsa termasuk petugas.


Turut membantu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan bantuan keperluan asas dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kit musibah. Dr Wan Azizah turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada semua keluarga terlibat.


Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan bomba dan penyelamat, serta komuniti setempat yang bertindak pantas menghulurkan bantuan.


"Kecekapan mereka menyelamatkan nyawa dan mengawal keadaan amat dihargai," katanya.


Susulan insiden berkenaan, beliau menyeru supaya audit keselamatan menyeluruh dilaksanakan ke atas semua kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), khususnya melibatkan sistem pendawaian elektrik dan laluan kecemasan.


"Tumpuan harus diberi kepada penambahbaikan dasar perumahan agar aspek keselamatan dan penyelenggaraan tidak lagi menjadi isu sampingan, terutama sekali di rumah-rumah lama," tegasnya.


Beliau menggesa kerjasama antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti untuk menyediakan sokongan psikososial, pendidikan anak-anak dan pemulihan komuniti pasca-bencana.


"Dengan ini kita tidak hanya membina rumah, tetapi membina harapan dan keharmonian kehidupan," katanya lagi.


Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak akan terus memantau situasi ini dan bersedia membantu sedaya mungkin dalam usaha pemulihan.

55 Comments


lemalevu
Sep 28

상품권 활용에 대한 고민을 해결할 수 있어 만족스러운 경험이었습니다. 간단한 절차와 빠른 진행 덕분에 편하게 이용할 수 있었습니다. 과정은 체계적이고 상품권매입 안정적으로 느껴졌으며 보유한 상품권을 더욱 가치 있게 관리하는 방법이 되었습니다.

Like

lemalevu
Sep 27

디지털 콘텐츠와 온라인 서비스를 자주 이용한다면 결제 편의성이 중요합니다. 휴대전화를 활용한 간편한 처리 방식이라는 장점이 소액결제 있으며, 무리한 사용을 피하고 정해진 한도 내에서 이용하는 것이 효과적입니다.

Like

lemalevu
Sep 27

개인적인 일정에 맞춰 편안하게 관리받을 수 있다는 점에서 상당히 편리해 보입니다. 이동할 필요가 없으니 시간 절약에도 도움이 되고, 하루 일과를 출장마사지 마친 후 여유롭게 휴식할 수 있어 바쁜 생활 속에서 관리 시간을 마련하기 좋은 방법이라고 생각합니다.

Like

lemalevu
Sep 27

바쁜 일정 속에서도 편안하게 휴식을 취할 수 있는 점이 인상적이었습니다. 방식은 이동 시간을 줄이고 원하는 공간에서 관리받을 수 있어 출장마사지 시간 활용에도 도움이 되는 것 같습니다.

Like

lemalevu
Sep 26

바쁜 생활을 하다 보면 휴식을 위한 시간조차 따로 마련하기 어려울 때가 있습니다. 평택출장마사지 처럼 이동 없이 이용할 수 있는 서비스라면 일정을 크게 변경하지 않고도 휴식 시간을 확보할 수 있어 시간 관리 측면에서 상당히 편리해 보입니다.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page