top of page

Kebakaran paip gas: MEF sokong penuh saranan KESUMA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 5
  • 1 min read


Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyokong penuh saranan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), supaya majikan memberi cuti ehsan bergaji dan aturan kerja fleksibel kepada pekerja terjejas dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights


Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dipetik laporan media berkata, golongan majikan perlu menunjukkan empati dan tanggungjawab terhadap mereka terkesan.


"MEF menyedari ramai pekerja terjejas mengalami kesukaran akibat kerugian peribadi, perpindahan dan kesejahteraan keluarga mereka.


"MEF memuji majikan sektor swasta yang telah mengambil langkah untuk menyokong pekerja mereka yang terkesan.


"Oleh itu, penting untuk perniagaan mengguna pakai dasar ihsan bagi menyokong pekerja mereka yang terjejas, sambil memastikan kesinambungan perniagaan," katanya dalam kenyataan.


KESUMA sebelum ini menyeru majikan memberi cuti ihsan bergaji dan aturan kerja fleksibel bagi suatu tempoh yang sesuai kepada pekerja yang terlibat kejadian kebakaran itu.


Langkah itu untuk meringankan beban pekerja mereka supaya dapat menguruskan hal berkaitan kerosakan dan kehilangan harta benda mereka.


Sementara itu MEF dalam kenyataannya juga menyarankan supaya majikan yang pekerja mereka terbabit tragedi itu untuk mengambil langkah proaktif.


Ia antaranya dengan menyediakan sokongan kesihatan mental dan perkhidmatan kaunseling kepada pekerja terjejas, serta memastikan saluran komunikasi dan bantuan untuk mereka yang memerlukan bantuan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page