top of page

Kebakaran paip gas: KPKT cari mekanisme terbaik pulih semula rumah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 3
  • 1 min read


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik saranan saranan Perdana Menteri supaya kementerian itu bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dan Petronas dalam menyediakan bantuan perumahan kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Height.


Nga Kor Ming berkata, pihaknya komited untuk mengkaji mekanisme yang sesuai dan berkesan bagi membantu mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kejadian itu.


"KPKT menyambut baik saranan Perdana Menteri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan juga syarikat Petronas bagi menyediakan bantuan perumahan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat tragedi kebakaran ini," katanya dalam kenyataan.


Bagaimanapun kerja kerja pembinaan semula secara kovensional, kata kenyataan itu, akan mengambil masa yang panjang.


"Kerja bina baharu atau baik pulih rumah yang musnah itu akan mengambil masa dan KPKT sedang mengkaji langkah proaktif untuk mempercepat proses.


"Keutamaan kami ialah memastikan keluarga yang terjejas menerima sokongan yang diperlukan dalam proses baik pulih atau bina semula kediaman mereka," katanya.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum ini memaklumkan sebanyak 78 rumah dan 10 premis kedai musnah dalam kebakaran itu manakala 237 rumah lain turut terjejas.


Sementara itu Nga menerusi kenyataan sama merakamkan penghargaan kepada anggota barisan hadapan khususnya pasukan JBPM atas kecekapan dalam menangani kebakaran berkenaan.


Beliau juga berterima kasih kepada pengurusan rumah ibadat, seperti Masjid Nurul Iman Puchong, Masjid Putra Heights dan Kuil Sri Maha Kaliamman yang telah menghulurkan bantuan kepada semua mangsa tanpa mengira kaum atau agama.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page