top of page

Kebakaran paip gas: Jalankan siasatan penuh, pastikan punca kejadian - AMH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 2
  • 2 min read

Kerosakan serius terhadap harta benda dan trauma penduduk seharusnya mendapat pampasan menyeluruh
Kerosakan serius terhadap harta benda dan trauma penduduk seharusnya mendapat pampasan menyeluruh

Angkatan Muda Harapan (AMH) menggesa kerajaan dan pihak yang terbabit menjalankan siasatan sepenuhnya bagi mengenal pasti punca kebocoran dan letupan gas yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya semalam.


Menurut kenyataan AMH, paip gas yang dianggap selamat berada di kawasan berpenduduk sebelum ini memerlukan penjelasan terperinci berkenaan penyebab berlakunya kebocoran dan letupan.


"Angkatan Muda Harapan merakamkan rasa simpati dan solidariti penuh kepada semua mangsa kejadian kebakaran paip gas utama berhampiran Stesen Minyak Petronas Putra Heights, yang telah menyebabkan kerosakan kepada beberapa kediaman dan mencederakan penduduk di kawasan Kampung Kuala Sungai Baru.


"AMH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan keselamatan, bomba dan penyelamat, serta pihak Kerajaan Negeri Selangor atas tindakan pantas dan berkesan dalam menyelamatkan mangsa serta menyalurkan bantuan segera di lokasi kejadian.


"Alhamdulillah, setakat ini tiada kematian dilaporkan, dan ini merupakan hasil koordinasi tangkas serta kecekapan agensi terlibat yang wajar dipuji," katanya.


AMH menegaskan, sekiranya terdapat kecuaian atau kegagalan sistem sebagai punca kejadian maka pampasan penuh perlu diberikan kepada mangsa.


"AMH menggesa agar siasatan penuh dan bebas dijalankan segera untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. Jika terbukti berlaku kecuaian atau kegagalan sistem oleh mana-mana pihak berkepentingan – termasuk syarikat berkaitan – kami menuntut agar semua mangsa diberikan pampasan yang adil, menyeluruh dan segera.


"Pampasan ini mesti meliputi bukan hanya kerosakan harta benda, tetapi juga trauma fizikal dan emosi yang dialami oleh mangsa dan keluarga mereka," ujar kenyataan itu.


Sehubungan itu, AMH mahu syarikat yang terlibat untuk tampil secara telus, memberi penjelasan terbuka kepada orang ramai, dan memberikan jaminan bahawa komuniti yang terkesan akan dibantu dalam proses pemulihan dengan penuh keprihatinan dan profesionalisme.


Selain itu, sayap pemuda Pakatan Harapan itu juga menyeru anak muda dan badan masyarakat sivil untuk turut serta menghulurkan bantuan kemanusiaan, sokongan psikososial dan solidariti kepada komuniti yang terjejas.


"Kejadian ini harus menjadi pengajaran besar tentang keperluan pengawasan rapi terhadap infrastruktur awam serta tanggungjawab sosial oleh pihak industri.


"Angkatan Muda Harapan akan terus memantau perkembangan insiden ini dan bersedia untuk memainkan peranan membantu, serta menjadi suara rakyat yang perlu diberi perhatian," kata kenyataan itu lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page