Kebakaran kilang petrokimia di pasir Gudang terkawal - Hassan Karim



Kebakaran Kilang Titan, sebuah Kilang Petrokimia di Tanjung Langsat, Pasir Gudang semalam terkawal dan belum ada laporan ianya menyebabkan pencemaran.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kebakaran yang berlaku pada pukul 7.44 petang Khamis itu tidak perlu dikhuatiri penduduk Pasir Gudang


"Saya selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang telah mendapat maklumat dari Ketua Balai Bomba Pasir Gudang, Tuan Ibrahim Omar bahawa pihak Bomba sedang menjalankan kerja-kerja menyejukkan tangki (cooling) dan memadamkan salurkan paip.


"Saya dimaklumkan bahawa keadaan terkawal. Setakat maklumat diterima, tiada kemalangan jiwa berlaku. Hanya dua orang kakitangan Kilang Titan melecur di tangan," katanya.


Hassan berharap penduduk di kawasan berhampiran tidak panik berikutan letupan kuat dan api yang marak petang semalam.


"Saya dimaklumkan bahan yang terlibat dalam kebakaran itu ialah cyclo hexane dan campuran mertodaine yang terkandung dalam Tangki A, Tangki B dan Tangki C. Tangki A dan Tangki B yang terbakar.


"Saya menyeru supaya penduduk-penduduk di Pasir Gudang yang meliputi dua kawasan Parlimen yang bersebelahan iaitu Parlimen Tebrau dan Parlimen Pasir Gudang supaya tidak panik dan cemas," katanya lagi.

Letupan besar menimbulkan bola api

Hassan juga mengingatkan agar penduduk mendapatkan maklumat yang sahih dari sumber yang rasmi iaitu pihak Bomba dan Polis.


Kawasan perindustrian Pasir Gudang pernah mengalami keadaan cemas pada 2019 lalu apabila berlaku pencemaran di sungai Kim Kim yang dilepaskan dari kilang berhampiran sehingga menyebabkan ramai penduduk mengalami gangguan kesihatan dan dimasukkan ke hospital.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER