top of page

Kebakaran hutan: Wujudkan pelan pemeliharaan ekologi jangka panjang - Abun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

ree

Kebakaran hutan yang berlaku di kawasan belakang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah, Sarawak menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, warga kampus dan masyarakat setempat, khususnya berkaitan kualiti udara dan keselamatan awam.


Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Senator Abun Sui Anyit (gambar) menggesa tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani situasi tersebut serta menjalankan kajian menyeluruh terhadap kesan jangka panjang kejadian itu.


"Saya merujuk kepada kejadian kebakaran hutan yang berlaku di kawasan belakang UiTM Mukah, yang kini menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan penduduk, warga kampus, dan masyarakat setempat


"Kebakaran ini telah menjejaskan kualiti udara, mengancam keselamatan awam, dan berpotensi memberi kesan jangka panjang terhadap alam sekitar dan biodiversiti di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan media.


Beliau menyarankan lima langkah utama yang perlu segera dipertimbangkan oleh pihak berkuasa. Iaitu tindakan pantas dan menyeluruh oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memadam dan mengawal kebakaran; siasatan menyeluruh terhadap punca kejadian, termasuk kemungkinan unsur kecuaian manusia atau pembakaran terbuka yang tidak dibenarkan.


Juga perlu diwujudkan kerjasama antara Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk kajian jangka pendek dan panjang, termasuk pemetaan kawasan sensitif dan pemulihan hutan; memberi makluman berkala kepada orang awam, khususnya warga UiTM Mukah, mengenai tahap kualiti udara dan langkah berjaga-jaga; dan penguatkuasaan ketat terhadap larangan pembakaran terbuka, termasuk tindakan tegas terhadap pelanggaran undang-undang alam sekitar.


"Saya dengan ini menyeru semua pihak, termasuk pemilik tanah, kontraktor, syarikat perladangan dan komuniti setempat agar bertanggungjawab menjaga khazanah alam semula jadi kita bersama


"Jangan mengulangi kesilapan yang boleh membawa bencana kepada generasi akan datang," kata Abun.


Menurut beliau, KEADILAN Sarawak komited memperjuangkan isu rakyat dan perlindungan alam sekitar secara berterusan terutama yang melibatkan ekologi hutan.


"Kita mesti bersatu dalam memastikan Sarawak bebas daripada kerosakan ekologi akibat sikap sambil lewa terhadap sumber semula jadi kita," ujarnya mengakhiri kenyataan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page