top of page

Kebajikan ‘Hero Tak Didendang’ terus jadi keutamaan KDN - Saifuddin

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 28, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan akan terus memastikan kebajikan anggota pasukan beruniform sebagai keutamaannya.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi satu hantaran di laman media sosialnya berkata, kementeriannya sudah melaksana pelbagai inisiatif sepanjang tahun 2024 bagi menambah baik kebajikan golongan yang digambarkan sebagai ‘Hero Tak Didendang’ itu.


"Pastikan kebajikan anggota uniform sentiasa dijaga dan terbela. Ini antara pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa saya menerima lantikan sebagai Menteri Dalam Negeri.


"Alhamdulillah, saya telah usahakan beberapa inisiatif buat anggota beruniform di bawah KDN semenjak dua tahun saya memegang tangggungjawab ini," katanya.


Mengulas lanjut Saifuddin berkata, antara inisiatif dilaksanakan adalah intensif untuk anggota teknikal, intensif untuk pengendali anjing serta insentif detektif dan penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM)


Selain itu sebanyak 26 projek penambahbaikan pejabat dan kuarters turut dilaksanakan antaranya melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.


Tambah beliau, turut terlibat Jabatan Pendaftaran Negara, Kawasan Keselamatan Khas Malaysia Pantai Timur Sabah/ESSCOM, Jabatan Imigresen Malaysia dan APMM.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page