top of page

KEB2024: Gabungan idea pelbagai tokoh perkukuh agenda Bumiputera



Oleh: Noraini Nordin


Ulasan Berita dari KEB2024-PICC: Besar sungguh harapan pelbagai lapisan rakyat Malaysia hari ini untuk melihat hasil daripada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang bermula hari ini.


Hal ini kerana bukan calang-calang tokoh yang diundang untuk memperkukuhkan agenda Bumiputera yang sudah pasti input serta idea yang tercetus daripada kongres ini amat dinanti.


Hasilan gabungan idea serta input tokoh hebat akan pasti mampu memberi faedah besar kepada rakyat Malaysia khasnya dalam memastikan penyertaan ekonomi Bumiputera yang lebih bermakna, berdaya tahan serta mampan.


KEB2024 selama tiga hari yang diadakan di PICC Putrajaya bermula hari ini telah membuka tirainya pagi tadi.


Pembukaan rasminya dilakukan okeh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sekaligus memberi ucaptama beliau di hadapan lebih tiga ribu peserta dari seluruh negara.


Nama-nama besar yang bergabung dalam perkongsian selama tiga hari ini termasuklah tokoh-tokoh ekonomi dan pemimpin-pemimpin politik Kerajaan Perpaduan.


KEB 2024 membawa tema Positif, Progresif dan Inovatif akan menjadi platform menetapkan hala tuju serta pendekatan baharu Agenda Pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif selari dengan aspirasi Malaysia Madani.


Bersama tema itu, dalam ucaptamanya, Ahmad Zahid berkata, 3 Matlamat, 6 Tekad dan 3 Ikhtiar untuk pemerkasaan Bumiputera bakal dizahirkan sebagai panduan bagi menjamin penyertaan, pemilikan dan penguasaan kaum itu dalam ekonomi negara.


Semua kaum bahu membahu


Tiga matlamat itu ialah menuntut semua kaum bahu membahu membangunkan negara, menghormati agihan yang adil di samping menerima hakikat bahawa usaha memartabatkan penyertaan Bumiputera dalam semua sektor ekonomi adalah dalam kerangka yang terkandung dalam Perlembagaan negara.


Ahmad Zahid Hamidi berkata, sinergi antara kaum akan menjadi pemangkin aktiviti ekonomi negara selain untuk mengikis kaitan aktiviti ekonomi dengan identiti kaum yang ada dalam negara.


Tambah beliau, KEB2024 kali ini mengubah destini Bumiputera dengan melaksanakan Transformasi Ekonomi Bumiputera atau TEB sebagai satu dasar baharu yang progresif bertujuan merapatkan jurang sosioekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia.


Enam tekad pertahan agenda Bumiputera


Enam tekad yang digariskan pula ialah mempertahankan agenda Bumiputera, menutup ketirisan pelaksanaan, mewujudkan kesetaraan antara wilayah, kaum dan kelompok, mengenal pasti peluang baharu, mewujudkan jalinan tulen, selain tidak meminggirkan kaum lain.


Menurut Zahid lagi, bagi memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam menyertai peluang ekonomi dan teknologi baharu, tiga matlamat utama digariskan iaitu keadilan sosioekonomi, kemampanan negara bangsa serta kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.


"Menjayakan matlamat berkenaan, enam tekad sebagai rukun dilandaskan supaya Bumiputera bergerak sederap untuk mencapai cita-cita yang diinginkan bersama," tegas beliau.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, 3 ikhtiar turut ditetapkan yang diyakini mampu melonjakkan ekonomi Bumiputera ke arah lebih terangkum dan mampan menjelang satu abad negara mencapai kemerdekaan.


Tiga ikhtiar tersebut, kata beliau ialah menubuhkan Perbadanan Tanah Bumiputera yang akan merangka mekanisme pemilikan tanah, Waqaf Kesihatan dan Pendidikan serta Mengindustrikan Pertanian dengan menggunakan teknologi dan inovasi baharu melalui sebuah entiti yang akan ditubuhkan.


Suntikan semangat


Tidak syak lagi, berdasarkan 3 matlamat, 6 tekad dan 3 ikhtiar yang ditetapkan melalui KEB2024 ini akan menyaksikan suntikan semangat dan wajah baharu dengan perencanaan yang lebih strategik dan berkesan untuk memajukan ekonomi Bumiputera di negara ini.


KEB2024 juga dirasakan mampu membuka peluang kepada pelbagai pemegang taruh untuk memberi sumbangan dalam membantu kerajaan merangka hala tuju dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan kaum.


Kerangka baharu hala tuju agenda pemerkasaan Bumiputera yang dibangunkan hasil resolusi KEB2024 yang bakal mengambil kira keperluan pembangunan Bumiputera yang bercirikan futuristik, dinamik dan pada masa yang sama dijangka dapat menangani isu dan cabaran semasa.


Selain itu, hasilan resolusi ini juga tanpa memingkirkan bukan Bumiputera adalah harapan baru untuk wajah baharu yang lebih gemilang bagi masa hadapan negara. ________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page