top of page

Keamanan, kestabilan tarik minat pelabur besar - PM



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara ini yang menyumbang kepada keamanan negara.


Presiden KEADILAN itu berkata, sumbangan anggota keselamatan termasuk polis dan tentera tidak boleh dipandang rendah memandangkan mereka bertungkus lumus menjaga sempadan negara dan mengawal perbatasan laut.


Sumbangan besar itu jelasnya telah menyumbang kepada minat syarikat besar luar negara untuk melabur di Malaysia.

DS Anwar beramah mesra bersama pegawai tinggi polis

"Keamanan dan kestabilan politik negara, secara tidak langsung menarik minat syarikat besar seperti Geely, Amazon dan Rongsheng Petrochemical Co Ltd untuk melabur dengan jumlah pelaburan melibatkan berbilion ringgit.


"Jangan lupa, kalau negeri tidak aman, orang tidak datang.


"Di Sudan, di Pakistan tidak ada pelaburan baharu sebaliknya di Malaysia banyak pelaburan baharu kerana keamanan dijamin polis," katanya.


Anwar berkata begitu ketika berucap pada program Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Masyarakat Bersama Polis peringkat Parlimen Tangga Batu di Melaka pada Selasa.


Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.


Sementara itu Anwar turut menyatakan keyakinan bahawa negara mampu membangun sebagai gergasi ekonomi baharu jika kestabilan politik dikekalkan selain mengelak salahguna kuasa.


Sebagai rekod, Malaysia mencatatkan pertumbuhan terbaik di rantau Asia pada suku pertama 2023 mengatasi China, Indonesia dan Vietnam.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page