top of page

KEADILAN Wilayah Persekutuan tubuh unit Makkal Kural mantapkan masyarakat India



Unit khas baharu bagi memantapkan masyarakat India dan mengeratkan mereka dengan KEADILAN Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan baru baru ini oleh Timbalan Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan P Prabakaran dan dikoordinasi oleh Pastor Prince Jon, Naib Ketua Cabang Bandar Tun Razak.


Sehubungan itu, program penerangan Makkal Kural telah bermula dengan aktiviti pra-pelancaran melibatkan anggota berbangsa India dalam jawatankuasa di setiap Cabang dalam Wilayah Persekutuan.


Prince Jon sebagai Koordinator menetapkan teras utama Makkal Kural iaitu untuk mengukuhkan anggota India di Wilayah; bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 15; membantu Cabang cabang di Wilayah; mengenal pasti pemimpin baharu dan menyediakan platform kepada pemimpin.


"PRU 15 akan diadakan tidak lama lagi. Dengan lawatan-lawatan ini kita dapat melihat bahawa sokongan kepada KEADILAN di Wilayah masih kuat, terutamanya di kalangan masyarakat india.


"Kami yakin KEADILAN boleh mengekalkan kerusi yang ditandingi dan yang akan ditandingi (memenangi kerusi)," katanya.



Unit Makkal Kural itu juga adalah jawapan kepada kenyataan penganalisis politik bahawa sokongan masyarakat India telah berpecah sejak 2020 lalu.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Wangsa Maju, Vijeyndran, sesi pertemuan masyarakat India dengan unit Makkal Kural telah menunjukkan bahawa KEADILAN masih lagi mendapat sokongan yang baik daripada komuniti India melalui prestasi wakil rakyat di Parlimen masing-masing.


"Saya menyambut baik usaha pemimpin atasan kami yang mengutamakan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia, sebagai satu jaminan komuniti India juga turut terjaga.


"Di Wangsa Maju, pimpinan cabang di bawah Ketua Cabang Andre Lai banyak meninjau kebajikan golongan India sepanjang masa.


"Isu yang dihadapi masyarkat India banyak, terutamanya di pendidikan dan biasiswa yang biasanya hanya mendapat perhatian kerajaan semasa tempoh pilihan raya," katanya.


Unit Makkal Kural dijangka akan merangka beberapa program pemantapan masyarakat India dalam masa terdekat. Pelbagai program telah dirancangkan menjelang ketibaan perayaan Deepavali yang jatuh pada 24 Oktober 2022.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page