KEADILAN Wilayah Persekutuan edar limau, 'couplet' Tahun Baharu Cina



KEADILAN Wilayah Persekutuan telah mula mengedarkan buah limau dan 'couplet' kepada masyarakat Tionghua yang akan merayakan Tahun Baharu Cina pada bulan hadapan.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, KEADILAN Wilayah tidak pernah lupa untuk membuat agihan ‘couplet’ dan limau kepada penduduk di sekitar Lembah Kelang pada setiap tahun.


Katanya, couplet ini biasa dilekat di pintu, dipercayai dapat mengundang rahmat ke dalam keluarga masing-masing.


Bagi Andre, tahun ini, mereka lebih mengutamakan untuk memberi couplet kerana erti tulisan yang berbunyi ‘fu’, bermaksud rahmat dalam bahasa Cina.


"Sambutan (beri buah limau) amat menggalakkan. Program ‘walkabout’ di medan selera dan pasar mengedar couplet ini seolah olah saya memberi berkat rahmat kepada penerima. Anggaplah ia satu petanda yang baik menjelang Tahun Baru Cina”, kata Andre.


Katanya, di kawasan Wangsa Maju jelajah Tahun Baru Cina 2022 dimulakan dengan berkunjung ke Pasar Ikan Emas dan Flat Sri Pulau Pinang pada 23 Januari lalu, bersama Majlis Pimpinan Negeri dan aktivis KEADILAN Wilayah


Turut menyertai rombongan tersebut adalah Setiausaha Pengelola KEADILAN Wilayah Persekutuan, Saiful Mansur, Naib Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Harcharan Singh dan Ronald Puah, aktivis KEADILAN tempatan.


Setiap tahun, selain daripada Wangsa Maju yang mana Andre sendiri merupakan Ketua Cabang, beliau juga berkunjung ke kawasan lain seperti Ampang, Bandar Tun Razak, Cheras, Kepong dan Bukit Bintang untuk mengagihkan kertas rahmat ‘couplet yang menjadi rebutan para pengunjung.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER