top of page

KEADILAN Wilayah Persekutuan beri sumbangan bantu mangsa kebakaran



KEADILAN Wilayah Persekutuan memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Flat Sri Sabah, Cheras.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah, Andre Lai, kebakaran yang berlaku pada awal pagi 4 Februari itu menyebabkan 2 rumah di Tingkat 2 dan 3 hangus dijilat api.


"Saya dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan telah melawat serta memberi bantuan makanan kepada mangsa.


"Kami juga disertai pemimpin KEADILAN tempatan seperti Ronald Pua dan Saiful Mansur," katanya.


Dalam pada itu, beberapa penghuni yang menjadi mangsa kebakaran mengucapkan terima kasih di atas bantuan segera yang dihulurkan.


Puan Lian, pemilik salah sebuah rumah berkata beliau telah kehilangan segala-galanya. Namun begitu, Lian berterima kasih kepada semua yang tampil memberi sokongan kepada keluarganya.


"Saudara Ronald dan Saiful sentiasa berada di kawasan untuk membantu penduduk sini. Terima kasih kepada keprihatinan pasukan KEADILAN dan juga agensi-agensi kerajaan terlibat," katanya.


Mangsa kebakaran tersebut diberi pilihan untuk menghuni rumah transit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Siasatan masih dilakukan pihak bomba bagi menentukan punca kebakaran.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page