Biar pun Tahun Baharu Cina kali ini tiada rumah terbuka namun KEADILAN Wangsa Maju tetap berusaha agar perayaan tersebut disambut dengan penuh makna.
Menurut Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai, KEADILAN dan Ahli Parlimen Datin Paduka Dr Tan Yee Kew telah melakukan jelajah menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina ke beberapa penempatan bagi memeriahkan perayaan.
"Jelajah ini dilaksanakan untuk membawa kemeriahan dan kegembiraan serta menyerikan lagi suasana sambutan norma baru sepanjang musim perayaan.
"Kami berkunjung ke beberapa kampung tradisi Cina seperti Kampung Kuantan dan Kampung Lee Kong Chian. Pasukan KEADILAN juga menghantar bantuan kepada penduduk-penduduk taman perumahan di Taman Desa Setapak, Prima Setapak dan Teratai Mewah," katanya.
Selain itu, kata Andrei, sumbangan turut disalurkan kepada penduduk kampung warisan Melayu melalui Madrasah Tarbiyah Jalan Gombak dan Madrasah Darul Iqra di Kampung Sungai Mulia.
"Penerimaan sumbangan disempurnakan oleh Hj Ishak Surin dan Hj Kamil. Kedua-keduanya merupakan tokoh pemimpin komuniti yang tidak asing lagi di kalangan penduduk Jalan Gombak.
"Usaha memupuk semangat persaudaraan dan kerjasama antara kaum ini adalah kebanggaan KEADILAN Wangsa Maju. Kami berdekad untuk memastikan semua lapisan masyarakat terlibat dan tidak dipinggir dalam setiap program yang dianjurkan," katanya yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan.
Turut serta dalam program berkenaan adalah Master Justin Lee daripada persatuan kebudayaan, Seed of Love yang merupakan penaja sumbangan.
Sambutan Tahun Baharu Cina jatuh pada12 Februari 2021. Perayaan kali ini bakal disambut dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat agar penularan wabak Covid-19 dapat dikurangkan.
Kommentare