top of page

KEADILAN Wangsa Maju raikan perayaan Ponggal serba sederhana



Perayaan Ponggal disambut meriah di kawasan yang padat penduduk Tamil.


Sebelum pandemik Covid 19, di Parlimen Wangsa Maju perayaan Ponggal biasanya disambut di kawasan Medan Idaman dan PPR Gombak Setia.


Perayaan Ponggal dalam era norma baharu kali ini disambut lebih sederhana dengan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai (gambar, kanan) bersama Pengarah Komunikasi, R Vijeyndran menyediakan set sumbangan ‘ponggal’ yang terdiri daripada periuk tanah liat, gula, gajus, gula dan susu, untuk dihadiahkan kepada keluarga-keluarga Tamil terpilih.


"Parlimen Wangsa Maju mungkin tidak mempunyai peratusan kaum India yang ramai, namun ramai warga India menetap di kawasan seperti Teratai Mewah, Flat Setapak Indah Jaya, PPR Gombak Setia dan Danau Kota," kata Andre.


Menurutnya, penduduk di Parlimen Wangsa Maju amat berterima kasih kepada KEADILAN yang sentiasa prihatin dan memberi tanda ingatan dalam perayaan keagamaan mereka.


"KEADILAN sebagai parti berbilang kaum. Sebagai seorang yang membesar dalam masyarakat majmuk, saya memahami perayaan Ponggal adalah antara yang terpenting dalam komuniti Tamil.


"Sambutan kebudayaan seperti ini, patut kami rai bersama sebagai orang Malaysia. Walaupun nilai tak seberapa, tapi bermakna," katanya.


Tahun ini, perayaan Thaiponggal bermula dari 14 sehingga 17 Januari 2022. Thaiponggal, dikaitkan dengan musim tuai yang telah berakhir dan merupakan antara perayaan yang terpenting dalam komuniti Tamil.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page