KEADILAN Cabang Wangsa Maju dan Koperasi PEWARGA sering kali menganjurkan aktiviti menyantuni warga kampung tradisional sepanjang Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Minggu lalu Koperasi PEWARGA merasmikan pasukan paramedik PEWARGA dan upacara penyerahan pakaian seragam pasukan itu disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam Program Sambutan Aidilfitri Majlis Perbandaran Selayang Zon 1 yang berlangsung di Batu 10, Gombak.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa maju, Andre Lai, majlis penyampaian pakaian seragam itu meningkatkan lagi motivasi koperasi berkenaan, terutama Koperasi Anak-Anak Melayu Gombak Berhad (KOWAGA) yang menandatangani MoU antara KOWAGA dan Talasco Dagang untuk memantapkan lagi aktiviti koperasi berkenaan.
"Sebagai Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, saya merasa kagum dengan usaha mulia yang dilakukan oleh PEWARGA dalam menyantuni warga kampung-kampung tradisional sepanjang Jalan Gombak.
"Kerjasama yang erat antara PEWARGA dan KEADILAN Wangsa Maju selama beberapa tahun ini telah menjadikan saya sebagai sebahagian daripada jaringan komuniti di Jalan Gombak.
"KEADILAN Wangsa Maju dan Gombak tetap sebati dengan perjuangan PEWARGA. Saya percaya pihak pemimpin tertinggi PEWARGA di bawah pimpinan YDP Khairul Bahri Ishak amat berusaha gigih untuk menjayakan usaha ini," katanya.
Selain itu, Andre Lai juga mengucapkan syabas terhadap usaha mulia PEWARGA menyantuni warga kampung tradisi di sepanjang Jalan Gombak.
Beliau berharap program-program tersebut akan menjadi perjuangan murni PEWARGA, yang akan terus dikenang oleh generasi masa hadapan.
Comments