top of page

KEADILAN Wangsa Maju giat jalankan operasi disinfeksi Covid 19



KEADILAN Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan sejak beberapa hari lalu giat menjalankan Operasi Disinfeksi Covid 19 untuk memastikan kawasan perumahan bebas sepenuhnya dari wabak merbahaya itu.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, langkah berkenaan merupakan sebahagian usaha menenangkan perasaan di kalangan penduduk taman perumahan akibat jangkitan virus yang meningkat baru-baru ini.


Katanya, Skuad KEADILAN Wangsa Maju di bawah naungan beliau menumpukan kawasan yang mempunyai lonjakan kes seperti Jalan Gombak, Danau Kota dan Jalan Madrasah untuk disanitasi.


"Kami memilih kawasan seperti Jalan Madrasah dan Jalan Gombak kerana ia menjadi tumpuan peningkatan Covid 19. Kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada golongan B40 dan warga emas, dan tiada kemampuan untuk membeli bahan-bahan disinfeksi


"Di kawasan PPR dan perumahan kos rendah, kami sering menghantar pelitup muka dan sumbangan kepada penduduk. Projek perumahan kos rendah biasanya tidak berpagar dan agak sukar untuk mengawal pergerakan orang dalam kawasan perumahan ini," katanya.


Tambah Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan itu lagi, program seperti itu harus diteruskan melalui unit parti masing-masing, sama ada melalui cabang, sayap ataupun ranting.


KEADILAN di beberapa Parlimen seperti Seputeh, Batu dan Bandar Tun Razak, katanya menunjukkan prestasi yang baik dalam program menangani Covid.


Berhubung spekulasi Perintah Kawalan Pergerakan yang mungkin diperketatkan, KEADILAN Wangsa Maju, tegas Andre akan cuba sedaya upaya menjalankan sanitasi di kawasan yang padat penduduk.


“Saya berharap, sedikit sumbangan kami ini dapat mengurangkan rasa bimbangan di kalangan penduduk. Terima kasih kepada ahli-ahli cabang Wangsa Maju yang sedia membantu seperti Krishna, Parthydesan, Tengku Arash, Harcharan dan ramai lagi,” katanya.


Sementara itu, penduduk yang terlibat dengan operasi disinfeksi itu berpuas hati terhadap tindakan segera yang dilakukan Skuad KEADILAN.


Pengerusi persatuan penduduk En Nizam mezahirkan rasa terima kasih kepada Skuad KEADILAN yang melakulan kerja-kerja sanitasi ke apartment Sri Langkawi 1, selepas beberapa keluarga dikuarantin di situ.


Selain daripada program sanitasi, katanya, KEADILAN juga membawa sumbangan makanan kepada keluarga-keluarga tersebut sepanjang tempoh kuarantin.


"Kami amat terharu mendengar pihak Andre Lai dan Parlimen Wangsa Maju yang sedia mendengar rintihan kami," ujarnya.


Manakala Gan Lip Hong, ahli jawatankuasa Kampung Lee Kong Chian di Batu 5 juga berpendapat usaha KEADILAN Wangsa Maju diterima baik oleh penduduk kampung.


“Kami amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dan Ketua Cabang Andre Lai yang sentiasa prihatin terhadap hal ehwal kampung kami.


"Walaupun sehingga kini tiada kes melibatkan penduduk kampung, tetapi kampung kami tetap berisiko tinggi kerana jumlah warga emas yang ramai," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page