top of page

KEADILAN Ampang edar sayur percuma kepada penghuni flat Ukay Indah

Updated: Aug 12, 2021


KEADILAN Ampang baru-baru ini mengedarkan sayur percuma kepada penghuni flat Ukay Indah.


MenurutNaib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, kawasan flat Ukay Indah yang mempunyai 600 unit dalam 2 blok itu sebelum ini mempunyai kes Covid yang banyak dan antara flat yang mempunyai golongan B40 yang tinggi di dalam kawasan Ukay dan Bukit Antarabangsa.


Menurut beliau, pengedaran sayur-sayuran tersebut hasil usaha aktivis KEADILAN saudara Sunder dan Ketua Wanita Cabang Ampang Puan Norsiah.


"Sebanyak 1 tan sayur segar telah dibawa ke kawasan ini sebagai program anjuran Ketua Wanita Cabang Ampang di bawah pengelolaan wakil KEADILAN tempatan," kata Andre.


Tambah Naib Pengerusi Wilayah Persekutuan itu, tidak seperti sikap Kerajaan Persekutuan yang mengelak melunaskan tanggungjawab kepada rakyat sehingga Parlimen pun ditutup, KEADILAN sebaliknya bergiat menjalankan aktiviti kebajikan dengan ikhlas.


"Sejak tahun lepas, banyak program kebajikan dan pengagihan sayur telah dijalankan di seluruh Parlimen Ampang, namun ini adalah kali pertama program sedemikan berlangsung di Bukit Antarabangsa.


"Oleh kerana mendapat sambutan yang baik, dijangka lebih banyak program sedemikian akan dijalankan kawasan flat yang lain," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page