top of page

KEADILAN Wangsa Maju anjur Jelajah Madani Deepavali 2023




KEADILAN Cabang Wangsa Maju sejak dua minggu lalu menganjurkan Jelajah Madani Deepavali 2023 bagi menghargai masyarakat India sempena perayaan cahaya tahun ini.


Menurut Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng (gambar, berbaju batik), jelajah itu bermula dengan menganjurkan sumbangan Bakul Makanan Rahmah yang diperuntukkan oleh Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Fuziah Salleh sejak 3 November lalu.


Katanya, Naib Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Azmee Rahim telah berkunjung menghantar kotak makanan kepada penduduk yang telah diklasifikasikan sebagai miskin tegar.


Untuk sumbangan khusus kepada masyarakat Hindu pula, kata beliau, saudara Manoj, Setiausaha Pengelola Cabang Wangsa Maju mengaturkan sebanyak 150 set kotak manisan laddhu yang menjadi santapan masyarakat India semasa hari perayaan kepada rumah rumah ibadat kaum itu.


"Ia telah disalurkan kepada penganut Hindu yang membuat sembahyang hari minggu di Kuil Sri Aayyanareeswarar di Jalan Genting Kelang dan Sri Thirumurugan di Danau Kota," kata Andre Lai.


Manakala R. Vijeyndran, Ketua Penerangan Cabang KEADILAN Wangsa Maju menggalas tanggungjawab untuk berhubung dengan ketua-ketua komuniti untuk merancang pemberian sumbangan kotak makanan oleh penaja Seed of Love.


"Seramai 200 penerima sumbangan telah dihubungi untuk agihan kotak makanan, yang disempurnakan bersama saya dan pengerusi kuil.


"Selain daripada rumah ibadat yang besar seperti Kuil Sri Thirumurugan Danau Kota dan Kuil Sri Kaliamman Teratai Mewah, mereka juga membuat pengagihan di kuil-kuil kecil di Kampung Kuantan, Medan Idaman dan Seksyen 2," katanya.


Di samping itu, pada hari-hari terakhir sebelum perayaan, Angkatan Muda KEADILAN melalui Jackie Tan telah menolong untuk menghantar sumbangan makanan asas kepada rumah kebajikan Rumah Kasih dan sebuah pusat rehabilitasi di Taman Danau Kota.


Program itu, katanya Andre Lai, berterusan sehingga 11 November, sehari sebelum Deepavali dengan program senaman pagi bertema perayaan yang dinamakan Deeparobik anjuran KULFIT DBKL dan beliau sendiri merasmikannya atas kapasiti Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur.


Sebagai penutup tirai Jelajah MADANI Deepavali Wangsa Maju, katanya, Cabang Wangsa Maju meraikan sarapan pagi bersama petugas serta kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary.


Menurut Andre Lai lagi, cabang itu lebih senang melawat dan memberi sumbangan sendiri kepada penduduk kerana ianya lebih menyentuh perasaan dan penduduk merasa disantuni.


Beliau mengucapkan selamat hari Deepavali kepada masyarakat beragama Hindu yang merayakannya pada Ahad ini.


"Kaum India meraikan Deepavali. Perayaan mereka, perayaan saya juga.


"Apa jua sambutan di Malaysia, kita wajar raikan bersama. Cahaya Harapan menyinari kegelapan – itulah semangat KEADILAN yang infklusif. Satu Deepavali yang bermakna tahun ini," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page