top of page

KEADILAN Wangsa Maju agih barang makanan, pelitup muka sempena Deepavali



KEADILAN Cabang Wangsa Maju mengagihkan sumbangan barang makanan dan pelitup muka kepada penduduk beragama Hindu menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut pada minggu hadapan.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Cabang Wangsa Maju, saudara Vijeyndran, sumbangan makanan asas dan pelitup muka yang dianjur bersama Ketua Ranting KEADILAN Teratai Mewah, Parthydesan Ganesan dan Ketua AMK Wangsa Maju, Harcharan Singh itu diutamakan ke beberapa kuil di Parlimen Wangsa Maju yang ditutup sepanjang tahun lalu.


"Hubungan komuniti Hindu dengan kami amat akrab. Sedikit sumbangan ini kami berharap dapat membawa erti ada lagi harapan.


"Deepavali tahun ini, saya berharap disambut dengan penuh makna," katanya selepas majlis agihan di Kuil Shri Mariamman, Kuil Shri Thiru Murugan dan Kuil Kuil Om Shri Alamaram Aathi Sakti.


Pada masa sama Vijeyndran juga mengusahakan Jelajah Prihatin Deepavali Wangsa Maju dengan pengedaran bakul makanan kepada golongan B40 kaum India di Jalan Genting Kelang, Danau Kota dan PPR Gombak Setia.


Sementara itu, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai berkata, sebelum ini KEADILAN Wangsa Maju juga bergiat untuk memberi sumbangan Covid 19 serta program penyahkuman di rumah-rumah ibadat dalam kawasan Wangsa Maju.


"Meskipun Fasa 4 membenarkan upacara sembahyang dan sambutan perayaan kita berharap penganjur dapat terus memberi penekanan terhadap SOP dalam majlis keramaian.


"Deepavali merupakan sambutan perayaan utama yang pertama selepas masuk Fasa 4 tahun ini. Oleh itu, saya berharap pengamal keagaaman mengutamakan SOP dalam apa jua majlis yang diadakan”, katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page