KEADILAN Ranting Len Seng giat mengagihkan bantuan melalui program Makanan Asas menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, program terbaharu melibatkan Parlimen Bandar Tun Razak terutama di sekitar Taman Len Sen dan Orkid Desa mendapat sambutan baik penduduk.
Katanya, barang sumbangan terdiri daripada keperluan seharian seperti mi segera, kicap dan ubat paracetamol untuk kegunaan kecemasan.
“Masyarakat miskin bandar B40 tanpa mengira bangsa semakin bertambah saban hari.
"Jelajah Kasih Ramadan amat bermakna sekiranya dapat merapatkan komuniti muhibbah setempat. Saya berharap inisiatif Makanan Asas sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga mereka,” kata Andre.
Di samping itu, Ketua Ranting Len Sen, Ronald Pua (gambar, dua dari kanan) pula mengetengahkan cabaran gelombang pandemik Covid 19 yang semakin tidak terkawal.
Katanya, sebelum bermulanya PKP 3.0, terdapat banyak kes baru jangkitan ditemui sepanjang Jalan Alam Damai, termasuk Taman Orkid Desa.
"Mengikut statistik, kes Covid tidak pernah berkuranganan meskipun dalam darurat. Kerajaan PN telah gagal memberi keyakinan kepada rakyat meskipun telah menggunakan segala kaedah yang tidak munasabah termasuk PKP dan darurat. Saya berharap penduduk perlu lebih berhati-hati dengan aktiviti harian dan senantiasa menjaga kesihatan,” katanya.
Program Makanan Asas yang juga sebahagian daripada Jelajah Kasih Ramadan KEADILAN yang berkunjung ke Taman Orkid Desa, Taman Ikan Emas, PPR Sri Johor dan PPR Sri Pulau Pinang pada 2 Mei lalu.
Comments