top of page

KEADILAN utamakan wanita dalam membuat dasar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 4, 2024
  • 1 min read


KEADILAN merupakan parti yang mengutanakan wanita dalam membuat atau memutuskan dasar.


Hal itu dinyatakan oleh Ahli Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Rubiah Onga, dalam ucapan di Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre hari ini.


"Wanita merupakan agen perubahan yang mampu menyatukan rakyat dan mengukuhkan keutuhan negara bangsa


"Wanita adalah ibu yang mendidik anak anak dengan nilai toleransi. Melalui didikan ini anak muda akan membesar dengan positif.


"Institusi keluarga juga menjadi tempat di mana indentiti budaya disemai. Dalam sistem keluarga, amalan budaya dan tradisi diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.


"Dalam kerangka madani, pengekalan identiti budaya penting untuk memelihara perpaduan dan kepelbagaian. Wanita memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang, wanita terlibat dalam gerakan sosial, dalam kerangka madani.


"Wanita terlibat dalam pelbagai NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, pemerkasaan institusi keluarga. Ada juga yang mainkan peranan penting dalam politik sebagai wakil rakyat dan pimpinan komuniti," katanya.


Kehadiran wanita yang mempunyai kuota 30%, katanya, sama ada menjadi calon pilihanraya atau kepimpinan politik di peringkat kawasan memberi pengiktirafan khas kepada kaum tersebut.


"Kehadiran ini memastikan peranan wanita diambil kira dalam pembuatan dasar dan polisi semasa


"Di sinilah KEADIILAN memainkan peranan pening. Parti ini komited memperjuangkan hak wanita dan keluarga dalam pelbagai aspek kehidupan," katanya lagi.


Himpunan di Sabah International Convention Centre pagi ini dianggarkan mencecah 8,000 peserta dan hal ini julung julung kali diadakan di Sabah sejak penubuhan KEADILAN di negeri di bawah bayu itu lebih dua dekad lalu.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page