top of page

KEADILAN umum senarai calon PRN Sabah hujung minggu ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 3
  • 1 min read

ree

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dijangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 9 atau 10 November ini.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, pengumuman rasmi calon yang bakal bertanding akan dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu.


"(Perbincangan) kerusi dengan Barisan Nasional sudah dimuktamadkan, manakala dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tinggal satu kerusi lagi, tapi saya fikir akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat," katanya dipetik.


Mustapha sebelumnya hadir ke Jelajah Harapan Urang Sabah Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah di Sandakan.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan pada 15 November dan pengundian awal pada 25 November.


Sementara itu menurut Mustapha, KEADILAN bakal meletakkan dua calon di kawasan parlimen itu, iaitu masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum dan Karamunting.


Menyentuh mengenai Jelajah Urang Sabah beliau menjelaskan mewakili Kerajaan MADANI dan Pakatan Harapan untuk memberi penerangan kepada akar umbi berhubung sumbangan kerajaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page