top of page

KEADILAN umum senarai calon PRN Sabah


KEADILAN mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Christina Liew selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, akan mempertahankan kerusi DUN Api-Api.


Kerusi DUN Tempasuk akan dipertandingkan oleh Timbalan Pengerusi KEADILAN Sabah, Mustapha Sakmud.


Kerusi DUN Matunggong pula akan dipertandingkan oleh Ketua Biro Disiplin KEADILAN Sabah, Sazalye Donol Abdullah.


DUN Klias akan dipertandingkan oleh Abdul Rahman Yakub


KEADILAN juga akan bertanding di kerusi baharu iaitu DUN Sook dengan menamakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Raymond Ahuar sebagai calon.


Kerusi Tamparuli dan Inanam pula menampilkan muka baharu.


Peto Galim ditugaskan untuk merampas kerusi DUN Inanam, selepas Kenny Chua dipecat setelah menunjukkan sokongannya kepada Musa Aman.


Alijus Sipil pula akan bertanding di Tamparuli.


Penamaan calon akan berlangsung esok, diikuti hari undi awal pada 22 September dan hari mengundi adalah pada 26 September.


1. N09 Tempasuk - Mustapha bin Sakmud


2. N05 Matunggong - Sazalye Donol Abdullah


3. N18 Inanam - Peto Galim


4. N32 Klias - Abdul Rahman Yakub


5.N45 Sook - Raymond Ahuar


6.N14 Tamparuli - Alijus Sipil


7.N20 Api Api - Christina Liew Chin Jin

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page