top of page

KEADILAN umum lantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

ree

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengumumkan senarai pelantikan baharu bagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sesi 2025 - 2028 serta beberapa biro strategik parti dalam usaha memperkukuh struktur kepimpinan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil, pelantikan berkenaan telah diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik petang tadi.


Selain itu, kata beliau, mesyuarat juga mengambil maklum pandangan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkenaan perkembangan semasa termasuk perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump mengenai isu tarif timbal balik Amerika Syarikat ke atas Malaysia sebanyak 25%.


Lantikan Pengerusi MPN yang diumumkan ialah:


Pengerusi MPN Perlis: Noor Amin Ahmad

Timbalan: Gan Ay Ling


Pengerusi MPN Kedah: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan: Dr Mohammed Taufiq Johari


Pengerusi MPN Pulau Pinang: Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid

Timbalan: Goh Choon Aik


Pengerusi MPN Perak: Mohamad Hairul Amir Sabri

Timbalan: Tan Kar Hing


Pengerusi MPN Selangor: Datuk Seri Amirudin Shari

Timbalan: Datuk Borhan Aman Shah


Pengerusi MPN Melaka: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

Timbalan: Adam Adli Abd Halim


Pengerusi MPN Johor: Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa

Timbalan: Yashrudin Kusni


Pengerusi MPN Pahang: Datuk Ahmad Farhan Fauzi

Timbalan: Sim Chon Siang


Pengerusi MPN Kelantan: Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor

Timbalan: Asharun Uji


Pengerusi MPN Sarawak: Ahmad Nazib Johari

Timbalan: Chiew Choon Man


Pengerusi MPN Sabah: Datuk Mustapha Sakmud

Timbalan: Datuk Peto Galim


Pengerusi MPN Terengganu: Zainudin Awang @ Omar

Timbalan: Dr Mohd Johari Mohamad


Pengerusi MPN Negeri Sembilan: Datuk Seri Aminuddin Harun

Timbalan: Muhammad Nazri Kassim


Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan: Datuk Azman Abidin

Timbalan: Muhammad Fikri Abdul Aziz


KEADILAN turut melantik Ahli Parlimen Bayan baru, Sim Tze Tzin sebagai Pengarah Strategi, manakala Mahmud Epah dilantik sebagai Pengerusi Biro Pendidikan.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page