KEADILAN memilih lokasi parlimen Ampang untuk pengumuman calon yang bertanding di Semenanjung pada malam ini sebagai simbolik kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan pengkhianatan.
Menurut Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Rafizi Ramli, calon yang akan bertanding di Malaysia Timur pula akan diumumkan di Kota Kinabalu, Sabah dan Miri, Sarawak pada minggu hadapan.
"Saya jemput seberapa ramai pengundi untuk hadir dan mengenali lebih rapat calon-calon yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat malam ini.
"Majlis pengumuman calon dan ceramah akan diadakan," katanya.
Tambah Rafizi, sebaik sahaja calon diumumkan maka rakyat boleh meneliti biodata setiap calon di laman www.calonkeadilan.org
"Akuan bersumpah pengisytiharan harta setiap calon juga akan dipaparkan di laman tersebut untuk memudahkan pengundi mengenali mereka.
"Mulai esok, profail dan latar belakang calon akan mula dihantar kepada pengundi-pengundi di kerusi parlimen masing-masing melalui media sosial dan WhatsApp," katanya lagi.
Pengumuman calon itu akan dilakukan di Padang MPAJ Taman Kosas, Ampang malam ini bermula pada jam 8.30 malam.
Comments