top of page

KEADILAN umum 16 calon parlimen di Sarawak

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 2, 2022
1 min read


KEADILAN petang semalam mengumumkan 16 calon yang akan bertanding di kerusi kerusi Parlimen Sarawak.


Calon calon yang diumumkan kebanyakan daripada barisan pimpinan utama KEADILAN Sarawak dan yang pernah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri sebelum ini.


Bagaimanapun penyandang kerusi parlimen Miri Dr Michael Teo digugurkan kali ini dan diganti dengan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis pengumuman calon semalam.


16 calon yang bertanding ialah Sofian Julaihi (Petra Jaya), Diog Dios (Puncak Borneo); Tay Wei Wei (Sri Aman); Langga Lias (Lubok Antu); Patrick Khamis (Betong); Ibil Jaya (Saratok); Mohd Fauzi Abdullah@Joseph (Kanowit); Abdul Jalil Bujang (Mukah); Umpang Salang (Selangau); Abun Sui Anyit (Hulu Rajang); Zolhaidah Suboh (Sibuti); Chiew Choon Man (Miri); Roland Engan (Baram); Racha Balang (Limbang); Japar Suyut (Lawas) dan Khusyairy Pangkas Abdullah (Kapit).


Semakan lanjut calon calon yang bertanding boleh dibuat di www.calonkeadilan.org


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page