top of page

KEADILAN umum 10 calon kerusi parlimen Sabah

Updated: Nov 2, 2022



KEADILAN mengumumkan 10 calon yang akan bertanding mempertahan atau merebut kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke 15.


Pengumuman dibuat oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Kota Kinabalu petang semalam.


Dalam pesanannya kepada calon yang bakal membawa panji panji KEADILAN, Datuk Seri Anwar menegaskan calon parti itu hendaklah mempunyai tekad yang jelas untuk membela nasib rakyat di negeri di bawah bayu itu.


"Kesemua calon bersama jentera harus kerja kuat sampaikan mesej jelas bahawa Harapan komited dan konsisten memperjuangkan nasib warga Sabah.


"KEADILAN dan Harapan memainkan peranan besar dalam memungkinkan pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan cuti Hari Malaysia 16 September setiap tahun.


"Atas dasar itu, saya gesa warga Sabah untuk bersama Harapan pada PRU15 dalam memastikan perubahan terkait ekonomi, pembangunan serta darjat mereka diangkat setara dengan Semenanjung Malaysia," katanya.


Dua calon mempertahankan kerusi KEADILAN iaitu ketua Cabang Tawau merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Christina Liew yang mempertahankan kerusi Parlimen Tawau dan Naib Presiden KEADILAN Awang Husaini Shari mempertahankan kerusi Parlimen Putatan.


Calon calon lain ialah Pengerusi KEADILAN Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam bagi kerusi Pensiangan; Apirin Jahalan Taufik Sham bagi kerusi Parlimen Ranau; Ketua Cabang Beaufort Dikin Musah (Beaufort), Ketua Cabang Kota Belud, Mustapha Sakmud (Sepanggar), Thonny Chee (Kudat), Madely Modily Bangali (Kota Belud), Arastam Pandorog (Semporna) dan Noraini Abd Ghapur (Kalabakan).


Semakan lanjut boleh dibuat di www.calonkeadilan.org


0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page