top of page

KEADILAN ucap selamat menyambut Hari Wesak

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 7, 2020
  • 1 min read

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia. Menurut beliau, hari ini menjadi tarikh penting kepada penganut Buddha kerana merupakan hari kelahiran Siddartha Gautama lebih 2000 tahun lalu. "Saya ingin menggesa rakyat Malaysia membaca dan memahami falsafah kemanusiaan yang didukung Gautama seperti kasih sayang, kemuliaan insan, toleransi, hormat menghormati dan hidup dalam aman dan berukun yang mesti dihayati dan dipupuk. "Justeru itu, sebarang percubaan untuk menanam rasa benci kepada mana-mana kaum atau agama di negara ini harus ditundukkan demi keamanan dan keadilan sejagat. "Sekali lagi saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di facebook beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page