
KEADILAN menubuhkan Pusat Operasi Penyelarasan Banjir bagi memperbaiki apsek pengurusan bantuan kepada mangsa .
Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pusat operasi tersebut ditubuhkan bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan kepada mangsa dan mengkoordinasikan sukarelawan.
"KEADILAN mengambil cakna seluruh keperluan bantuan pasca banjir untuk rakyat di kawasan yang terjejas.
"KEADILAN melalui pelbagai saluran dan jentera telah turun membantu mangsa yang terjejas sejak awal bencana.
"Bagi memastikan kelancaran bantuan pasca banjir, Ibu Pejabat KEADILAN menubuhkan Pusat Operasi Penyelarasan Banjir KEADILAN
"Penubuhan Pusat Operasi ini untuk menyelaraskan keperluan bantuan dan sukarelawan KEADILAN bagi memastikan tiada mangsa terlepas bantuan," katanya.
Pusat berkenaan, kata Saifuddin bertempat di Ibu Pejabat KEADILAN beralamat A-1-09 Merchant Square, No 1, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya. Pusat itu akan beroperasi 24 jam sehari dan boleh dihubungi di talian berikut +60174728475 dan talian waktu pejabat 03-78850530
"KEADILAN ingin menyampaikan setinggi penghargaan buat rakyat Malaysia yang menunjukkan semangat sukarelawan yang tinggi membantu mangsa banjir," kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu lagi.