top of page

KEADILAN tolak gesaan Pilihan Raya Umum ke 16 awal

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
3 hours ago
1 min read
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Gambar arkib
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Gambar arkib

Tempoh lebih setahun yang berbaki sebelum penggal Parlimen ke-15 tamat sepatutnya dimanfaatkan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat, mengukuhkan kestabilan serta mengurus ekonomi dengan cermat.


Sehubungan itu, KEADILAN menyatakan pendirian menolak gesaan agar Pilihan Raya Umum Ke-16 diadakan segera seperti disuarakan Umno.


"Sekarang baru September 2026, banyak benda lagi kita boleh manfaatkan kedudukan kerajaan sekarang, jaga kestabilan, elok urus ekonomi dengan cermat dan tumpu kebajikan rakyat.


"Setahun lebih ini masa cukup lumayan untuk kita tumpu kepada menunaikan amanah kepimpinan dan menjaga kebajikan rakyat," katanya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipetik laporan media.


Beliau yang juga pemangku Timbalan Presiden KEADILAN ditemui pemberita Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan Nenasi pada Sabtu.


Presiden Umno, Datuk Seri Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2026 baru-baru ini mendesak supaya PRU-16 diadakan segera bagi memberi ruang kepada parti itu mendapatkan semula mandat rakyat untuk menerajui negara.


Gesaan tersebut timbul dipercayai rasa ketidakselesaan Umno untuk terus berada dalam Kerajaan Perpaduan, susulan siri pendedahan kepincangan tadbir urus agensi kerajaan seperti Tabung Haji dan Felda ketika pentadbiran parti itu sebelum ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page