top of page

KEADILAN tidak tandus pemimpin - Najwan Halimi



Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata bahawa parti itu tidak pernah ketandusan pemimpin biar pun berlaku pengkhianatan dan sejumlah pimpinan di Selangor meninggalkan perjuangan.


Katanya, AMK Selangor sendiri mempunyai para pelapis yang sesuai untuk dicalonkan sebagai ADUN atau Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Kita tidak tandus kepimpinan. Kita tak perlu buat parti baru pun. Kita tak perlu jual retorik. Parti kita cukup kuat. Sudah 22 tahun.


"Umur 22 kalau dibanding usia manusia, muda lagi, masih bergejolak. Inilah KEADILAN. Kita buktikan pada 2018, parti inilah yang memerintah Malaysia.


"Oleh itu, bermula malam ini kita masuk mood perang. Mood pilihan raya, sentiasalah buat persediaan. Kami di pihak AMK sejak tahun lepas sentiasa memberi komitmen.


"Suasana PKP atau tak PKP kita teruskan program menyantuni rakyat," katanya dalam Majlis Perasmian & Pelancaran Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Shah Alam.


Menurut Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik itu lagi, AMK Selangor telah pun lebih awal memulakan jentera kempen sejak Julai tahun lalu.


Malangnya, kerajaan Perikatan Nasional tidak berani memanggil PRU.


"Kami di AMK negeri telah lancarkan jentera pilihan raya pada Julai 2020. Sebab waktu itu kita menduga PRU diadakan pada bila-bila masa.


"Kerajaan tidak berani panggil PRU, panggil sidang Parlimen pun tak berani. Kita dah dicucuk vaksin. Namun demikian kerajaan masih tak berani buka Parlimen. Yang mereka berani hanya beli orang," katanya sinis.


Najwan turut menekankan agar AMK bekerja lebih kuat di Parlimen dan DUN yang dikhianati seperti Gombak, Ampang, Kuala Langat, Sementa dan Lembah Jaya agar bekas-bekas pimpinan KEADILAN tersebut tidak lagi bergelar wakil rakyat selepas PRU 15.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page