top of page

KEADILAN tidak pernah menjadi anggota Liberal International

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 7, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) menegaskan KEADILAN tidak pernah menjadi anggota Liberal International (LI) seperti yang didakwa pihak tertentu.


Justeru, Presiden KEADILAN itu berharap agar isu dakwaan tersebut tidak dipolitikkan lagi.


"Soal Liberal International yang berhormat boleh semak kita tidak pernah menjadi anggota.


"Pada peringkat awal kita associate, tetapi oleh kerana ada beberapa keputusan mereka (LI) termasuk mengiktiraf LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) serta pendirian Israel, kita tidak menjadi ahli, saya harap jangan dipolitikkan," katanya menerusi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewam Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang meminta penjelasan sama ada KEADILAN pernah menjadi ahli dalam pertubuhan pro Israel itu selain mengakui Perdana Menteri lantang dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin sejak dahulu lagi.


Dalam pada itu, Perdana Menteri menjelaskan beliau pernah menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa LI di Kaherah, Mesir yang turut dihadiri wakil Ikhwan al Muslimim, Mahdi Akif, dan bekas Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi.


"(Ketika persidangan) mereka ikuti ucapan saya dan Mahdi Akif mengucapkan tahniah kerana menyatakan pendirian menentang kezaliman, memberi hak kepada rakyat dan menyinggung (isu) tentang Palestin," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page