top of page

KEADILAN tidak pernah menganggotai Liberal International

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 3, 2023
  • 1 min read

ree

Parti Keadilan Rakyat hari ini menafikan menganggotai gabungan parti-parti, iaitu Liberal International yang menjadi tohmahan sejak berlakunya serangan Israel ke atas Palestin, dalam usaha pihak tertentu untuk memburuk burukkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikaitkan dengan gerakan liberal ditaja Barat dan Yahudi.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil, parti itu tidak pernah menganggotai secara rasmi Liberal International sebagaimana dituduh dan ditohmah di media sosial.


"Kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan KEADILAN dengan satu pertubuhan

gabungan parti-parti iaitu Liberal International.


"Saya mengesahkan bahawa KEADILAN bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Fahmi, KEADILAN sejak penubuhannya konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak pernah bersekongkol dengan gerakan Yahudi antarabangsa atau sebarang gerakan liberal sebagaimana ditohmah oleh pihak tidak bertanggungjawab.


"KEADILAN bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya

kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin," katanya lagi.


Terdahulu, beberapa tahun lalu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menafikan perkara sama. Biar pun beliau mengakui pernah menghadiri persidangan pergerakan seumpama itu bagi menyampaikan pandangan daripada dunia Islam.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page