top of page

KEADILAN Sarawak akan bangkit, mara lebih gagah - Abang Zulkifli


Pengkhianatan besar-besaran pemimpin dan ahli yang keluar dari KEADILAN tidak bermakna parti berbilang kaum ini akan berkubur begitu sahaja, sebaliknya akan terus berkembang di masa akan datang.


Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, KEADILAN akan terus hidup dan mendapat sokongan rakyat kerana sentiasa lantang menegur dan mengkritik salah laku yang dilakukan oleh kerajaan.


"Sebagai sebuah parti yang berperlembagaan, KEADILAN telah melalui kemajuan yang sangat menggalakkan, daripada hanya mempunyai seorang wakil rakyat bermula 2006, telah meningkat dari semasa ke semasa.


"KEADILAN telah memainkan peranan yang sangat aktif dalam menegur semua bentuk salah laku sama ada mereka itu menteri, wakil-wakil rakyat, kakitangan kerajaan dan siapa sahaja yang terlibat.


"Sejak 20 tahun kita bertapak, KEADILAN telah memainkan peranan yang cukup aktif dalam politik tempatan mahupun kebangsaan. KEADILAN telah memainkankan peranan dalam hal semak dan imbang dengan cara terbuka dan tidak gentar," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Abang Zulkifli mengakui isu pengkhianatan boleh berlaku kepada mana-mana parti politik termasuklah KEADILAN di Sarawak.


"Kehilangan wakil-wakil rakyat adalah fenomena biasa, sama ada mereka kalah dalam pilihan raya, tidak dipilih semula untuk bertanding atau dipecat atau yang lebih teruk lagi ialah kes-kes melompat dan segelintir ahli parti yang melompat atau dipecat.


"Ada di antaranya hanya mengikut dengan membabi buta. Saya melihat itu adalah norma biasa dalam sesebuah parti politik dan tidak perlu digusarkan.


"PBB sebuah parti tulang belakang Kerajaan Sarawak pun pernah berhadapan dengan insiden-insiden suram perpecahan. Begitu juga dengan parti-parti seperti PRS, SUPP dan parti-parti serpihan yang lain.


"Sergahan YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengatakan KEADILAN akan terkubur adalah petanda bahawa mereka juga menaruh kekhuatiran yang tinggi terhadap kemaraan KEADILAN.


"Kita tahu kewujudan KEADILAN sememangnya dalam perhatian Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan saya mempunyai tafsiran bahawa KEADILAN adalah sebuah parti yang akan menggugat kedudukan mereka," katanya.


Malah, Abang Zulkifli juga menganggap para pemimpin dan ahli yang bertindak melompat parti tidak akan bertahan lama dan akan kehilangan sokongan rakyat.


"Politikus yang berpura-pura tidak akan bertahan lama. Sejarah memaparkan kepada kita mereka yang suka melompat itu akan kecundang di penghujungnya kelak.


"Mereka hanya dipergunakan bila sesebuah parti itu menghadapi kesusahan. Bila senang mereka akan ditinggalkan. Dalam kebanyakan kes mereka tidak akan dicalonkan lagi.


"Mereka akan diajar sendiri oleh para pengundi dan rakyat kerana perbuatan mereka

sendiri dan mereka akan kalah dalam pilihan raya," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page