top of page

KEADILAN teruskan usaha kembalikan kerajaan mandat rakyat



Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytihar gencatan senjata politik di samping menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika negara berusaha memerangi pandemik Covid 19 dimaklumi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendirian Zahid itu perlu dihormati.


Namun pada sisi lain, KEADILAN, katanya, akan terus berusaha mengembalikan kerajaan mandat rakyat.


"KEADILAN mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden Umno hari ini (semalam).


"Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan Ahli-Ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama, iaitu untuk memperbetul halatuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Semalam, Zahid mengeluarkan kenyataan menyokong memperkasakan kerajaan PN bagi menjaga kebajikan rakyat yang dihimpit kesukaran akibat pandemik Covid 19.


Kenyataan itu dilihat seolah-olah mengakhiri sokongan Zahid kepada gerakan peralihan kuasa yang diterajui Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Namun begitu, Zahid sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi menyokong Anwar. Malah apabila surat yang didakwa ditulis Zahid dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongannya kepada Anwar terdedah, pejabat beliau menafikan surat itu tulen.


Di pihak Anwar pula, tiada pengesahan Umno menyokong Pakatan Harapan secara en block kecuali sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen tertentu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page