'KEADILAN terus bantu masyarakat India, tidak cari publisiti'
- Suara Keadilan
- 2 days ago
- 2 min read

Oleh: Akmal Manaf
Komitmen Kerajaan MADANI terhadap masyarakat India bukan diukur dengan sorakan, tetapi dengan kesungguhan yang konsisten dan kepercayaan yang terbit daripada tindakan nyata, bukan sekadar kata-kata.
Ketua Komunikasi Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak, Yogeswary S Veloo (gambar) berkata, baru-baru ini terdapat pihak tertentu menyeru Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar menunjukan bukti KEADILAN bekerja untuk masyarkat India.
Menepis perkara berkenaan, beliau menegaskan bahawa mempamerkan 'bukti bekerja' bukan gaya KEADILAN, kerana kekuatan sebenar parti itu terletak pada tindakan, bukan retorik semata-mata.

''Peribahasa 'tong kosong nyaring bunyinya' mengingatkan kita bahawa bukan semua yang bersuara membawa isi.
''Nurul Izzah Anwar yang menjunjung nilai integriti dan profesionalisme, memilih untuk bekerja secara diam.
''Beliau tidak perlu menonjolkan diri dengan kenyataan yang gah atau janji yang belum ditepati.
''Sebaliknya, beliau menumpukan sepenuh tenaga kepada usaha yang berterusan dan berimpak,'' katanya dalam satu kenyataan.
Menjelaskan lebih lanjut, antara usaha itu katanya adalah Nurul Izzah telah menerajui kajian semula dan penghalusan dokumen dasar utama, termasuk Pelan Tindakan India Malaysia (MIB) dan Pelan Tindakan Komuniti India.
Ujar Yogeswary, langkah itu dilakukan dengan matlamat untuk mengemas kini pelan tersebut agar mencerminkan keperluan semasa serta mencadangkan penggabungannya ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
''Di samping itu, beliau (Nurul Izzah) juga memainkan peranan penting dalam mengatur dan menyelaraskan beberapa siri perbincangan meja bulat yang melibatkan pakar, ahli akademik dan pihak berkepentingan yang tertumpu kepada menangani isu-isu lama yang dihadapi oleh masyarakat India Malaysia, khususnya dalam kumpulan B40 (pendapatan 40% bawah).
''Antaranya seramai 317 pelajar dalam kalangan belia berbangsa atau kaum India telah daftar program latihan TVET di 22 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
''Seramai 99,418 orang belia India telah penyertaan program dan aktiviti di bawah program pembangunan belia yang turut memfokuskan kepada penyerlahan potensi belia dan intervensi sosial belia.
''Dengan ini, percayalah bahawa kejayaan tidak perlu dihebohkan dan biarlah hasil menjadi bukti,'' katanya lagi.
コメント