KEADILAN angkat suara akar umbi perkuat perjuangan parti - Dr Fuziah
- Suara Keadilan

- Sep 29
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menegaskan komitmen untuk terus mendengar suara akar umbi sebagai nadi kekuatan perjuangan parti itu.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, beliau baru-baru ini berkesempatan untuk mengadakan pertemuan bersama anggota KEADILAN Sabah dan mendengar secara langsung pandangan, luahan serta harapan yang dikongsi ahli parti.
"KEADILAN tidak akan pernah mengabaikan suara akar umbi kerana itulah yang membentuk asas perjuangan parti sejak penubuhannya.
"Saya mendengar setiap satu luahan, pandangan dan harapan yang dikongsi.Insya-Allah, KEADILAN akan terus mengangkat dan menghargai setiap suara akar umbi sebagai panduan untuk kita perkuat perjuangan," kata beliau dalam satu perkongsian di Facebook.

Dr Fuziah sebelumnya mengiringi lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah sebelum menghadiri Himpunan Temu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi di Tawau.
Beliau sementara itu menegaskan, semangat juang ditunjukkan anggota parti menginsafkan beliau bahawa KEADILAN adalah satu keluarga besar yang sentiasa teguh kerana kesatuan hati dari Semenanjung hingga ke Borneo.
"Perjuangan ini perlu terus berpaksikan integriti, keadilan, dan kesejahteraan untuk semua," tambahnya.









Comments