top of page

KEADILAN Terengganu sokong penuh Menu Rahmah



Menu Rahmah biar pun dikritik kononnya tidak berkualiti dan boleh menyebabkan individu yang mengambilnya terkena 'penyakit' namun ianya tetap cara terbaik mengurangkan kos kehidupan rakyat.


Terbaharu, KEADILAN Kemaman, Terengganu menyambut baik usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan Menu Rahmah di negeri itu yang dinantikan oleh penduduk setempat.


"Inisiatif ini sangat dinantikan oleh penduduk Terengganu khususnya di Daerah Kemaman. Ini kerana daerah Kemaman adalah di antara daerah di mana kos makanan di restoran dan kedai makan adalah lebih tinggi berbanding daerah lain.


"Memetik kenyataan Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Saleh, beliau berkata inflasi makanan pada ketika ini sekitar 6%. Justeru itu dengan Menu Rahmah ini dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan impak inflasi makanan kepada masyarakat," kata kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman hari ini.


Fuziah yang melancarkan Menu Rahmah semalam di Restoran Cahaya Mesra 4, Kijal, Kemaman disabut oleh penduduk setempat yang memuji usaha Kerajaan Perpaduan tersebut dalam menggalakkan peniaga menyediakan makanan yang mampu dibeli oleh golongan B40.


Justeru, pihak KEADILAN Kemaman juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Menteri yang sudi hadir ke daerah berkenaan termasuk kepada orang ramai yang hadir pada majlis berkenaan.


Keadilan Kemaman, kata kenyataan itu lagi, sebagai penghubung masyarakat dan kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan setiap dasar-dasar kerajaan dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat dan menjayakan gagasan Malaysia Madani untuk manfaat setiap rakyat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page