top of page

KEADILAN Terengganu optimis mampu menang kerusi DUN



KEADILAN Terengganu optimis parti itu mempunyai potensi untuk menang di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keyakinan tersebut berdasarkan rekod prestasi, faktor demografi serta tinjauan dan penyelidikan pihaknya.


Ia termasuk sejarah kemenangan parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar sebelum ini apabila turun bersama Pas dalam pilihanraya dan kali ini bersama rakan gabungan BN.


"Jadi kita minta supaya KEADILAN diambil serius oleh sahabat-sahabat dalam Barisan Nasional (BN). Kita pun ada sejarah di Terengganu, dari awal ditubuhkan kita ada kerusi. Bagi kita penting untuk kita ada kehadiran di sini.


"Bagi saya, KEADILAN ada beberapa kelebihan secara amnya, saya tidak boleh sebutkan secara terperinci tapi contohnya di DUN Bandar, pernah menang (2013-2018). Biasanya kerusi KEADILAN ni kerusi agak urban... itu kita rasa kekuatan KEADILAN," katanya dipetik.


Nik Nazmi berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Temu Mesra di Pejabat KEADILAN Cabang Kuala Terengganu pada Ahad.


Sementara itu Nik Nazmi yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, persoalan siapa yang mendapa) banyak atau sedikit kerusi untuk bertanding PRN tidak sepatutnya timbul. Sebaliknya perkara yang penting ialah parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan mesti berpeluang untuk menang.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, BN menang 10 daripada 32 kerusi DUN Terengganu manakala bakinya, iaitu 22 kerusi dikuasai Pas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page