KEADILAN Temerloh hulur bantuan persekolahan, ringan beban keluarga
- Suara Keadilan

- Dec 30, 2025
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terus komited memperjuangkan kebajikan semua lapisan rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai program kemasyarakatan secara berterusan.
Kelmarin, KEADILAN Cabang Temerloh telah menganjurkan Program Penyerahan Bantuan Persekolahan bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar, khususnya golongan kurang berkemampuan, menjelang pembukaan sesi persekolahan yang akan datang.
Wanita KEADILAN Indera Mahkota berkata, program tersebut mencerminkan iltizam kepimpinan KEADILAN dalam memastikan agenda pendidikan sentiasa diberi keutamaan serta dilaksanakan secara menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi.
"Perasmian acara disempurnakan Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Negeri Pahang, Farahida Fauzi," kata mereka dalam satu hantaran Facebook sambil memaklumkan kehadiran mereka bagi menyokong program berkenaan.
Sementara itu mereka turut menegaskan bahawa pelaksanaan program pro-rakyat itu selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta dasar perjuangan KEADILAN yang berpaksikan kepentingan rakyat.
Justeru mereka berharap bantuan yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima sekaligus menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
"Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga usaha kebajikan seumpama ini dapat diteruskan dan diperkasakan demi kesejahteraan rakyat," tambah mereka.









Comments