top of page

KEADILAN Temerloh anjur Gotong Rotong Rakyat bersih kawasan dilanda banjir

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 18, 2021
  • 1 min read

ree

KEADILAN Cabang Termerloh menganjurkan Gotong Royong Rakyat (GTR 2.0) bagi membersihkan beberapa kawasan di DUN Lanchang yang dilanda banjir besar baru-baru ini.


Menurut Ketua Cabang Temerloh, Zulfikar Ali Ariffin, program GTR 2.0 itu diadakan di Taman Mentakab Indah dan mendapat kerjasama 300 sukarelawan dari kalangan anggota parti serta NGO.

ree
Ketua Cabang Temerloh, Zulfikar Ali (kiri sekali)

"Taman Mentakab Indah antara yang terjejas teruk dalam banjir kali ini. Dianggarkan hampir 250 unit rumah serta kedai perniagaan ditenggelami air.


"Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program mencuci rumah serta membuang barangan rumah yang rosak akibat di tenggelami air.

Sukarelawan dan NGO ini dibantu 3 buah lori dan sebuah jengkaut," katanya.


Turut hadir menjayakan program ialah Ketua Cabang, Naib Ketua, Ketua Angkatan Muda KEADILAN , Naib Ketua Wanita Cabang, AJK Cabang , AMK dan Wanita Cabang Temerloh.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page