top of page

KEADILAN tekad kukuhkan PH, kerjasama pembangkang



KEADILAN memutuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang tadi untuk terus mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) serta meningkatkan kerjasama dalam kalangan Pembangkang.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, keputusan itu diambil bagi meneruskan usaha yang telah dilakukan sejak awal sidang Parlimen sesi Oktober - Disember lalu.


"KEADILAN akan terus mengukuhkan PH serta meningkatkan kerjasama di kalangan Pembangkang. Ini dilakukan sewaktu sesi Parlimen yang lalu, termasuk usaha Ketua Pembangkang menjemput semua wakil parti Pembangkang untuk duduk bersama membincangkan strategi menghadapi Belanjawan 2021.


"Sejak KEADILAN ditubuhkan pada 1999 dan menempuh PRU pada tahun itu, serta PRU-PRU pada tahun 2004, 2008, 2013 dan 2018, KEADILAN sentiasa mendokong prinsip kerjasama, persefahaman dan gabungan politik melalui Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan.


"Selama tempoh itu, kerjasama, persefahaman dan gabungan politik ini berpegang kepada prinsip mendokong agenda Reformasi, menolak rasuah, kronisme serta kebobrokan yang berlaku dalam negara.


"KEADILAN akan sentiasa menilai perkembangan politik semasa secara bersama, dan akan meneruskan segala persiapan jentera dan perbincangan berkait Pilihan Raya Umum (PRU) 15 berpandukan penilaian tersebut," kata Fahmi dalam satu kenyataan.


Selain itu, menurut Fahmi, mesyuarat MPP juga menyentuh isu-isu wanita dan kebajikan rakyat. Pimpinan diarah meneliti isu pengangguran yang masih tinggi, harga barang melonjak, serta ekonomi yang kekal suram pada ketika Covid-19 terus melanda negara.


"Secara prinsipnya, KEADILAN juga berpegang teguh kepada usaha mengupayakan wanita termasuk di dalam bidang politik.


"Oleh itu, MPP KEADILAN hari ini mengulangi serta menegaskan komitmen seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan KEADILAN bahawa minima 30% anggota wanita KEADILAN diutamakan dalam penetapan calon dan lantikan politik," katanya lagi.


Mesyuarat MPP kali ini menjadi tumpuan selepas kenyataan media bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, Khamis lalu yang menyentuh pembentukan grand coalition bersama parti-parti pembangkang lain bagi menghadapi PRU ke 15 dan usaha mengembalikan kerajaan mandat rakyat.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page