top of page

KEADILAN Tebrau mercu kegemilangan perjuangan pelbagai kaum


R Yuneswaran (tiga dari kiri) bersama Akmal dan barisan pimpinan dalam MATC Cabang Tebrau baru baru ini
R Yuneswaran (tiga dari kiri) bersama Akmal dan barisan pimpinan dalam MATC Cabang Tebrau baru baru ini

KEADILAN Tebrau merupakan antara cabang yang mencatat kecemerlangan dalam penyertaan politik pelbagai kaum di negeri Johor.


Menurut Ketua Cabang Tebrau, Yuneswaran Ramaraj, sejarah parti telah merakamkan bahawa cabang itu di kedudukan tertinggi mendaftarkan ranting bagi seluruh negeri Johor.


"Cabang Tebrau mencipta rekod. Kita diiktiraf sebagai Cabang dengan paling banyak ranting ditubuhkan dan paling ramai anggota dalam KEADILAN Johor


"Setakat ini 15,000 anggota telah berdaftar, suatu pencapaian yang tidak boleh disangkal. Lebih membanggakan, Cabang Tebrau menjadi contoh dan dikagumi oleh perasmi serta pemantau. Keunikan kita? Anggota berbilang kaum, Melayu, Cina, India, bahkan Orang Asli hadir memberi sokongan padu.


"Inilah bukti bahawa reformasi tidak mengenal sempadan bangsa dan agama," kata Yuneswaran dalam ucapan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Tebrau, baru baru ini.


Dalam majlis itu juga, Ketua Penerangan KEADILAN Johor itu mengucapkan penghargaan kepada ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, mantan Timbalan Ketua Cabang yang berpindah ke cabang lain.


Beliau juga mengucapkan tahniah Mohd Johari Muslim yang dilantik sebagai Pengerusi Tetap bagi sesi 2025-2028, serta YM Raja Mohd Nasir Raja Mansur sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.


Pada ucapan itu Yuneswaran turut mengumumkan beliau akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Tebrau dan mahu anggota mengundi kelak berdasarkan rekod perkhidmatan.


"Dengan berakhirnya mesyuarat ini, Cabang Tebrau secara rasminya dibubarkan dan dipulangkan kepada parti sempena pemilihan akan datang.


"Dengan rasa penuh tanggungjawab, saya dengan ini mengumumkan akan mempertahankan posisi sebagai Ketua Cabang bagi penggal 2025-2028. Ini bukan soal jawatan, ini soal amanah, komitmen dan kesinambungan perjuangan," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page